Friday, February 10, 2012

HARGAI SAYA !!! ~



awak...
dah lama saya pendam
nak tanya awak..
saya pun tak tau macam mana saya nak mulakan..

sebelum tu, saya mintak maaf
jika awak baca warkah ini, 
tafsiran kita berbeza.
tiga tahun mengenali awak
bukan jangka masa yang pendek..
bukan tujuan untuk mengungkit..
hanya perlukan sebuah kepastian

awak..
selama awak mengenali saya..
adakah awak benar-benar menyayangi saya..
saya tiada jawapan dari awak..
betul...
mungkin saya hanya memendam rasa..
atau syok sendiri..

tapi saya perlukan
keberanian awak untuk membuat pengakuan
dan berterus terang tentang perasaan..
salah kah saya kerana membiasakan diri
untuk segala tindakan pertama.
jika 2 bulan saya tidak menghubungi awak..
tidak terlintas kah awak untuk menghubungi saya..
malah awak hanya menunggu saya untuk bertindak..

awak..
tolong lah..saya perlukan perhatian
dan kesungguhan dari awak..
awak lelaki..saya perempuan..
bila saya bertindak dengan mengatakan..
saya sudah berpaling tadah...
kenapa...!!
kenapa awak mudah putus asa..
langsung mengalah..mengalah dengan perasaan sendiri...
menyerah pada kekalahan yang tak pernah berjuang..

cuma sekali yang saya minta...
tolong hargai saya..
tolong katakan...jangan...! tidak...! tak suka...!
cukup la dengan perkataan itu..
saya boleh mentafsirkan kesungguhan awak...

Sunday, February 5, 2012

ALLAH SAYANG KITA


Awak..

walau dimana pun awak berada...ketahuilah kita tetap mendoakan kebahagiaan awak..
kita doakan awak tabah menghadapi segala ujian Tuhan..kerana kita tahu,tanpa izinNYA kita semua tidak akan berjaya melawan kepahitan hidup..

Awak..

Kita juga selalu berdoa..agar kita juga akan tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan pada kita....pernah kita rasa kita ingin lari saja dari kesibukan manusia disini...tapi kita tidak berdaya untuk memenuhi segala rasa hati kita...

Awak..

kita juga rasa letih sangat...kita rasa kita sudah tidak terdaya lagi..kita menangis sepuas-puasnya...tangisan kita tu bercampur baur...kita rasa kita ini berdosa sangat..kerana kita menangis dengan dugaan yang menimpa..tetapi kita terlupa untuk menangis atas dosa-dosa kita sendiri...kita pun malu dengan Tuhan...
 

Awak..

menangislah...air mata itu satu anugerah..percayalah selepas tangisan itu dikeluarkan..kita akan rasa sedikit kelegaan.....sebelum ini kita pernah rasa kita dah tak setabah dulu..tetapi kita sedar...semua keputusan terletak pada diri kita sendiri...sama ada kita nak terus bersedih..atau ingin menikmati kebahagiaan yang kita tak sedar dalam kehidupan kita sendiri...kita sedar..kita tidak harus mengejar kebahagiaan yang bukan milik kita...dengan itu kita tidak akan rasa terlalu sakit...

Awak...

Kita juga dah tak segah dulu...ketabahan kita kian terhakis...tetapi kita kuatkan hati...kita tidak mahu orang lain lihat kita dalam kesedihan..biarlah kita tersenyum di depan semua orang...berkongsi kebahagiaan mereka..walaupun di hati kecil kita..ada sedikit rasa iri hati..tetapi kita tetap pujuk hati kita...Allah sayang kita...

Awak......
kita minta maaf....
 
kita sedar kita ini bukan teman yang baik...
tapi kita tetap ingin bersama dengan awak..
kita tetap mahu tunggu awak
untuk menghiburkan awak... 
 

Surah Al-Najm ayat 39-44

maksudnya: Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakan. Dan bahawa usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan bahawasanya Tuhanlah kesudahan (Segala sesuatu). Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis. Dan bahawasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan.